Khamis, Februari 16, 2012

Ayam Gerang Asam

Asslammualaikum kawan2...resepi ari ni untuk makan malam ari ni....dah lama x godek2 blog masak2 ni, ari ni ade kerajinan skit nak godek2, pegi ke blog resipi ibundo, berkenan pulak dgn resipi ayam nya...menyelerakan, tu yg cuba buat tu, boleh thn gak rasanya, memang sedap cuma bezanya saya x guna cili kering, sbb stok cili kering yg dah siap mesin dah habis, saya guna paprika lah gantikan cili kering, jadi warna memang x secantik klu guna cili kering.

oklah resipi saya copy dari blog ibundo, izinkan saya copy dan paste ye kak, terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yg sedap ni, juga pada sesiapa saja yg telah mencuba juga resipi ini....terima kasih.

Sumber Resepi : Blog Dapur Ibundo
1 ekor ayam

Bahan blender
30 biji cili kering (saya ganti paprika)
5 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
2 batang serai
1 inci kunyit hidup (saya guna yg serbuk)
2 sudu besar serbuk belacan (belacan biasa pun boleh kalau tak ada yang serbuk)

70 gram asam jawa + 1300 ml air
sehelai daun kunyit dicarik-carik
1 batang bunga kantan dibelah dua
beberapa helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
2 sudu besar serbuk ikan bilis



Cara:
-Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Lamanya proses ini agak-agak 10 ke 15 minit. Pastikan bahan tumis benar-benar masak.
-Masukkan ayam dan gaul sehingga air ayam kering.
-Masukkan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis dan garam.
-Tambah sesudu gula kalau suka. saya x letak gula
-Masak sehingga kuah pekat.

0 comments: