Khamis, Januari 26, 2012

Winter2012 - Lapland Day 2 (Snow Village, HuskyPark, Naik Gondola)

24 Januari 2012 Snow Village - Snow Village ni di buka bermula Dec to April every year, entrance fee euro10 dewasa, euro5 tuk kanak atas 4 thn baru bayar. Memang cantik buatannya dan teliti sungguh derang ukir menggunakan ais. Start bulan November, derang mula bina snow village ni termasuk restaurant, bar, lobby, bilik hotel, kesemuanya dibina menggunakan ais....memang terpegun melihat derang buat ni..

Snow hotel die, kita boleh sewa dan tido dlm tu, sekali ngan makan ngan minum derang akan serve..dalam bilik hotel tu, derang maintain degree antara -2 ke -5 degree, semua ade 30 bilik, setiap bilik ada ukiran dan tema...memang terbaiklah derang buat....dan keratif.

Levi HuskyPark - Husky park ni x jauh sgt dari cottage kita org, lebih kurang 11km. Lepas dari Snow Village, kami sambung ke huskypark pulak, masa nak masuk tu takutnya tgk besar2 binatang ni, pastu anjing memang terlepas gitu aje, tapi anjing die jinak, masa kami semua masuk, derang x dtg dekat pun, die cuma berkeliaran jekk...tapi yg kecik2 jekk derang lepaskan, yg besar2 semua ikat, jadi x de lah takut sgt. Klu nak naik sledge tu bayar euro37, tapi saya x naik, sbb takut anak2 sejuk, laju jugak husky bawak..derang yang lain naik, saya ngan anak2 duk dlm pondok cafe jekk, cuma kuar kejap2 amik foto, pastu kita ade sesi keliling tgk husky, saya join..itupun x tahan nak cepat habis sbb kaki dah kebas dan sejuk, nasib baik x besar sgt kawasan die.

Lepas abis huskypark, kita semua pergi makan. Derang yang lain semua makan di kedai, family saya dan nieza balik cottage, sbb kita dah siap masak nasi dan lauk pagi2 lagi, lauk nieza masak malam sebelumnya, masa lebih kurang 1 jam kami balik umah makan dan rehat kejap, dptlah anak2 saya relak kejap. Selepas makan kita sambung ke Levi Ski Centre, kita org nak naik Gondola.

Naik Gondola - Gondola ni dekat jekk ngan cottage kitaorg, daripada cottage pun boleh nampak dwnhill tempat derang main ski. Ni kira downhill yg terpanjang kt Levi Ski Centre, panjangnya lebih kurang 2km, tgk pun seram tul bukitnya tinggi. Kami naik gondola tu, untuk naik ke puncak tempat derang start tuk turun downhill. Sampai kt atas, kitaorg semua turun, suhu kt atas tu -28 degree, saya duduk dlm bilik gondola tu, sbb anak2 saya x thn sejuk....itupun pas amik foto, semua turun balik.



Cottage yg kitaorg sewa di Lapland



























Masa smp atas ni, -28 degree, saya ngan anak2 nyorok dlm bilik ni, sbb x tahan sejuk yg teramat, kesian kt anak2....sementara tunggu yg lain foto2, saya tunggu dlm ni.


hubby ngan anak dara saya dpt gak foto kt sini, saya x de gambar kt sini...kesian kt zafry nak g sini, dgn angin yg kuat....

0 comments: